Assalamualaikum

Thursday, 21 July 2011

Doaku Untukmu

by Saya Sayang Allah Saya Sayang Rasulullah on Friday, July 15, 2011 at 9:56pm
Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat karib dan mereka tinggal berjiran. Kedua-dua mereka hidup dalam kesempitan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.
                “Apa doamu pada hari ini?” Tanya Ahmad kepada sahabatnya.
                “Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa,” jawab Ali.
                “Doa kau?”. Ali pula bertanya. Ahmad cuma tersenyum tanpa berkata apa-apa.
                Keesokan hari, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. “Alhamdulillah doa aku semalam dimakbulkan Allah s.w.t. Majikanku beri bonus pada hari ini”.
                Alhamdulillah. Hari ini kau berdoa apa pula?” Tanya Ahmad.
                “Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin”, jawab Ali.
                Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid, mengerjakan solat dan masing-masing berdoa. Sejurus usai berdoa, Ali bertanya “Kau pula berdoa untuk apa hari ini?”
                “Bagaimana dengan anak kau?” Tanya Ali
                “Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya Cuma bertambah baik sikit sahaja”.
                “Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab”, Ahmad tersenyum
                Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, “Aku hairan, doa kau tidak makbul tapi kau masih boleh senyum?”
                “Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah s.w.t. Syukur Alhamdulillah ,”
                “Doa yang mana? Sebab aku lihat tidak ada apa-apa perubahan pada kau,”
                “Doaku sejak dulu hanya untuk kau, sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah s.w.t makbulkan setiap apa yang kau doakan kepada-Nya!”
Pengajaran: Doa kita untuk sahabat, saudara-mara dan orang lain sangat tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t. Apatah lagi jika kita berdoa tanpa pengetahuan orang yang kita doakan. Itulah keikhlasan. Sayangnya, ia jarang dibuat oleh kita. Manusia selalu mementingkan diri, sekalipun dalam doanya kepada Allah s.w.t!.

doa itu senjata mukmin

*NISA' pun jarang buat camni...hope pasni lbh ikhlas n istiqamah dlm melakukan sesuatu...InsyaAllah...aaminn...

No comments:

Post a Comment