Assalamualaikum

Monday, 25 July 2011

(─‿‿─) DIALOG ANTARA MANUSIA,MALAIKAT & SYAITAN


Mari Membaca Dialog ni.. (─‿‿─) DIALOG ANTARA MANUSIA,MALAIKAT & SYAITAN




Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie? zzzzzzzz...

Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa~

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain =)

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....



Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...


Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....tinggal aje solat tu time senang buatlaa....





Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..

2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)

3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..
so,intihanya...sebarkanlah ia seluas yg mungkin~



SALAM UKHUWAH :)

Saturday, 23 July 2011

ZIKIR HARIAN



*Jom sama2 gan NISA' kita amalkan zikir harian...InsyaAllah hidup diredhai Allah^^

MUSLIMAH SEJATI

Bidadari Besi's Photos - Wall Photos

Photo 28 of 89   Back to Album · Bidadari's Photos · Bidadari's Profile




Duhai puteri NISA'ku….
Tanpa kau sedari,
Keremajaan mu NISA' bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka….
Berkatalah dalam dirimu NISA'…………….
"NISA' bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia,
Kesegaran dan kejelitaan NISA' adalah fana belaka,
Salutilah tubuhmu NISA' dengan iman….

Kerna ia sangat manis pada pandangan dan jua perhiasan…

”Duhai NISA' & Muslimat terpuji…
Berfikirlah untuk menjadi insan berguna
Agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiran mu…..


USRAH PENYATU UKHUWAH...

Bidadari Besi's Photos - Wall Photos

Photo 89 of 89   Back to Album · Bidadari's Photos · Bidadari's Profile





Sebaik sahaja keputusan Kemasukan UPU diumumkan, ada adik-adik yang meluahkan rasa kebimbingan takkala memikirkan bagaimana situasi IMAN mereka semasa belajar di Univerisiti nanti.


Ada juga yang menghantar pesanan dalam inbox FB agar membimbingnya. Buat adik2 yang satu kampus dengan akak nanti di Universiti Utara Malaysia (UUM), usah khuatir...sekiranya mahu akak boleh aturkan kalian untuk ikuti usrah yang sudah disediakan oleh Pusat Islam atau jadi adik-adik usrah akak aja.


Bagi yang tidak satu kampus dengan akak, kalian perlu berusaha untuk mencari kakak senior yang dapat membantu menjaga IMAN kalian takkala disana nanti. InsyaAllah akan ada yang cuba membantu nanti.


Cuma satu peringatan dari akak, jangan sekali-kali terjebak dengan budaya COUPLE kerna itu adalah penyumbang utama kalian makin jauh dari Allah s.w.t...insyaAllah, dengan ikuti usrah, hati kalian akan sentiasa diperbaharui...(",)

Added 35 minutes ago ·  · 

  • You and 10 others like this.

    • Dania Sofia betul kata ukhti bidadari besi.jagalah kehormatanmu adik2ku..kerana disitu lambang dan kedudukan dirimu dimata lelaki, apa lagi dimata seorg suami
      46 minutes ago · 

*huhu...sonoknye kalo u NISA' pun ad usrah mcm nie...

INDAHNYA MENJADI WANITA ^__^

NISA' Bangga Jadi Perempuan ^^

Friday, 22 July 2011

Bangun......


Bangun malam,
Di kala bulan mengambang,
Alis mata menjadi kelam,
Gagahkan tangan,
Gagahkan kaki,
Berdiri,
Bersujud menyembah Ilahi.

Tiada paksaan,
Yang sunat digalakkan,
Yang wajib diutamakan,
Rasakan kemanisan Iman,
Hasil redha dan taqwa kepada Tuhan.

Dekatkan diri kepada-Nya,
Tiada yang kurang mahupun sia-sia,
Tenanglah minda dan hati,
Bangun malam dengan sendiri.

- Artikel iluvislam.com



*Ya Allah, moga NISA' diberikn kekuatan u bgun bertahajut kpdMu...moga NISA' ikhlas n istiqamah tidak hanya ketika NISA' bersedih...NISA' rindukan Mu Ya Allah...rindukn saat merasai kemanisan beribadat kepadaMu...subhanallah...nikmat sungguh. terasa hanya kita berdua ketika itu...terasa tenang tanpa masalah dunia...Ya Allah berilah peluang lagi u NISA' merasa  nikmat setiap ibadat y NISA' buat...ampunkan kealpaan NISA'...bersihkn kembali Hati NISA' dr titik2 hitam...bersihkan Fikiran NISA' dr pemikiran negative...supaya Amal Ibadat NISA' bersih & DiterimaMu Ya Allah...aminn...


Thursday, 21 July 2011

Doaku Untukmu

by Saya Sayang Allah Saya Sayang Rasulullah on Friday, July 15, 2011 at 9:56pm
Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat karib dan mereka tinggal berjiran. Kedua-dua mereka hidup dalam kesempitan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.
                “Apa doamu pada hari ini?” Tanya Ahmad kepada sahabatnya.
                “Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa,” jawab Ali.
                “Doa kau?”. Ali pula bertanya. Ahmad cuma tersenyum tanpa berkata apa-apa.
                Keesokan hari, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. “Alhamdulillah doa aku semalam dimakbulkan Allah s.w.t. Majikanku beri bonus pada hari ini”.
                Alhamdulillah. Hari ini kau berdoa apa pula?” Tanya Ahmad.
                “Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin”, jawab Ali.
                Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid, mengerjakan solat dan masing-masing berdoa. Sejurus usai berdoa, Ali bertanya “Kau pula berdoa untuk apa hari ini?”
                “Bagaimana dengan anak kau?” Tanya Ali
                “Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya Cuma bertambah baik sikit sahaja”.
                “Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab”, Ahmad tersenyum
                Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, “Aku hairan, doa kau tidak makbul tapi kau masih boleh senyum?”
                “Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah s.w.t. Syukur Alhamdulillah ,”
                “Doa yang mana? Sebab aku lihat tidak ada apa-apa perubahan pada kau,”
                “Doaku sejak dulu hanya untuk kau, sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah s.w.t makbulkan setiap apa yang kau doakan kepada-Nya!”
Pengajaran: Doa kita untuk sahabat, saudara-mara dan orang lain sangat tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t. Apatah lagi jika kita berdoa tanpa pengetahuan orang yang kita doakan. Itulah keikhlasan. Sayangnya, ia jarang dibuat oleh kita. Manusia selalu mementingkan diri, sekalipun dalam doanya kepada Allah s.w.t!.

doa itu senjata mukmin

*NISA' pun jarang buat camni...hope pasni lbh ikhlas n istiqamah dlm melakukan sesuatu...InsyaAllah...aaminn...

Ramadhan yg bakal tiba...bersediakah anda?





Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan









*huhu...xsabo nk pose...lg seminggu dh nk masuk Ramadhan...Hope Ramadhan penuh makna u NISA'... Ya Allah...moga NISA' mendapat berkat n merasai kemanisan ramadhan kali ini...NISA' ntkn malam LailaturQadar...Rindunye^^


‎~RAMADHAN NUR KARIM~
✿ setting NIAT..
✿ upgrade IMAN..
✿ update DOA..
✿ download SABAR..
✿ delete DOSA..
✿ install TAUBAT..
✿ approve MAAF..
✿ topup ILMU..
✿ search for PAHALA..



Nama saya Sya'ban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya, Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya, Rezeki dan 2 orang anaknya, Sahur dan Iftaar.Mereka ditemani 3 cucunya, Rahmat, Keampunan dan Barakah.Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat Eid Fitri airlines.Hargai mereka, & anda akan mendapat berkat. (^___^) Ramadhan Kareem


ayuh perbaiki PUASA kita . . .. moga kali ini ia lebih baik dari tahun-tahun 
sebelumnya . . . insyaAllah . . . . :)












Tips 1: Bagaimana untuk habiskan satu juzuk sehari. Selamat mencuba!

by Semarak Ramadan 1432H - "Ramadan...Bermulanya Suatu Perubahan" on Thursday, July 21, 2011 at 4:52pm
Assalamu'alaykum wbt....
Tips untuk habiskan satu juzuk sehari.

1 juzuk = lebih kurang 10 helai.

Bahagikan 10 helai kepada 5 waktu solat kita.
Bermaksud, 1 solat = 2 helai bacaan.

Kemudian selepas selesai solat, beri sedikit masa untuk habiskan 2 helai bacaan.
Jika terlepas bagi mana-mana solat [cth: mugkin Zohor dikejar dengan waktu rehat yang singkat]
Bijaklah agih agihkan bacaan yang tertinggal itu kepada baki solat kita yang masih tinggal[Asar, Maghrib, atau Isyak]
Jika masih berbaki, pastikan kita habiskan mana-mana bacaan tersebut sebelum tidur.
Dan, pastinya kita perlu mulakan dengan HARI INI agar tidak terasa berat ketika Ramadhan sudah tiba nanti.

Semoga azam untuk kita habiskan 1 juzuk sehari tercapai. Selamat mencuba!!

Fakta untuk agihan bacaan peringkat harian:
1 juzuk = 2 bahagian yang dipanggil hizb
1 hizb = 4 rubu'
1 juzuk = 8 rubu'

"Ramadhan...bermulanya suatu perubahan"


[Shahidan Shaarani]
Unit Media Semarak Ramadhan 1432H
IKRAM Johor
*hope target NISA' n kwn2 serta muslimin muslimat u khatam AlQuran dlm bln Ramadhan nie tcapai...moga kita sama2 dpt ganjaran dunia n akhirat...InsyaAllah...aminn...




Saya suka tengok awek saya...

by Murabbi_Cinta on Monday, May 23, 2011 at 2:19pm

Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang forever

Saya suka tengok body awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/S - andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan anda berfikiran camtu...
Then kalau anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah...
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...
Sama-sama kita mengambil iktibar…

*Ya Allah...NISA' sendiri pernah tewas...ampunkan NISA'...bimbing NISA' Ya Allah... NISA' ingin menjadi wanita solehah...NISA' juga punya impian memiki suami y dpt membimbing NISA' dunia n akhirat...

INGATAN...

Hanya Ingin Mengingatkan untuk NISA' dan saudara/saudari..

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu, iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


*NISA' copy dr group "Bidadari Muslimah"...byk ilmu y dikongsi dlm group nie...syukran smuanya...moga menjadi panduan kpd kita smua...aminn